Memasarkan Acara Anda

Updated by Geoff Hensley

Sesudah anda menetapkan Acara anda dan mengklik Siar, anda sudah bersedia untuk menyebarkan berita tentang Acara itu. Pembina Acara memudahkannya:

  1. Pautan Acara Anda. Ini merupakan pautan yang anda akan kongsi untuk membantu orang lain mencari Acara anda. Jika mereka mengklik pautan ini dan mereka sudah memasang Apl Bible, Acara anda akan dibuka di apl itu. Jika mereka tidak memasang apl, Acara anda akan dibuka di pelayar mereka dan dipaparkan di Bible.com.
    Tip: Anda mungkin mendengar ini dipanggil URL (disebut YOU-are-ell). URL ialah akronim bagi Uniform Resource Locator, iaitu istilah Internet bagi "pautan laman web."
  2. Butang Salin. Klik butang Salin untuk menyalin pautan Acara anda ke papan keratan. Pembina Acara akan memberitahu anda bahawa pautan itu ada di papan keratan anda, kemudian anda boleh menampalnya di aplikasi yang lain dalam komputer anda (seperti ProPresenter, Word, Notepad, dsb.).
    Tip: Buka apl yang ingin dimasukkan pautan Acara anda, tempatkan kursor di kedudukan yang diingini dan ketik Edit, kemudian Tampal.
  3. Butang Media Sosial. Butang ini membenarkan anda untuk berkongsi pautan Acara anda secara terus ke rangkaian media sosial anda. Klik media sosial pilihan anda dan Pembina Acara akan membuka tetingkap dengan arahan untuk berkongsi.
    Tip: Setiap butang akan berjalan dengan lebih lancar jika anda sudah log masuk ke rangkaian sosial pilihan anda itu.

Memasarkan Acara Anda

Sesudah anda menyiarkan Acara anda, anda harus berkongsi beberapa unsur utama ini: pautan Acara andatajuklokasi dan masa, dan karya seni. Kami mencadangkan anda untuk bermula di halaman Sumber Acara kami di Open. Anda akan menemui karya seni yang percuma (dalam format JPG dan PSD) yang boleh digunakan di media sosial dan ProPresenter, berserta dengan teks sampel.

Setelah anda mengetahui apa yang ingin dikatakan, anda boleh mula berkongsi Acara anda di semua saluran komunikasi anda: 

  1. Membuat pengumuman di pentas (memberitahu hadirin bagaimana Acara memanfaatkan mereka: pengambilan nota, berkongsi, menyimpan Acara, dsb.)
  2. Slaid pada skrin auditorium sebelum dan selepas kebaktian
  3. Di media sosial anda (Facebook, Twitter, Instagram)
  4. E-mel (pendek) kepada senarai pelanggan anda
  5. Kad jemputan tercetak yang boleh dibawa oleh hadirin
  6. Risalah di kawasan dengan aliran trafik tinggi (dewan, pintu tandas, dsb.)
  7. Gerai lobi
  8. Surat berita atau buletin gereja (jika berkenaan) 

Anda boleh mengakses pautan untuk semua rangkaian sosial anda, dalam komunikasi e-mel, dan dipaparkan di skrin semasa kebaktian atau acara, setelah anda menjadualkan Acara anda dan bersedia untuk berkongsinya. Apabila seseorang dengan Apl Bible melayari pautan anda, Acara anda akan dibuka terus di apl itu. Jika mereka tidak memiliki Apl Bible, mereka boleh melihat Acara anda di Bible.com, dengan pilihan mendapatkan apl.

Pengguna web Windows boleh menambahkan nota, menyimpan dan berkongsi acara, berkongsi modul melalui pautan acara yang dikongsikan.

Pengguna perlu log masuk ke akaun mereka di laman web (www.bible.com) sebelum membuka URL Acara untuk menggunakan semua ciri ini.

Ini cumalah beberapa contoh. Mempromosikan Acara anda melalui cara kreatif yang dapat menarik perhatian penonton sasaran anda. Di mana pun anda berkongsi Acara anda, sentiasa masukkan pautan Acara anda.


How did we do?


Powered by HelpDocs (opens in a new tab)

Powered by HelpDocs (opens in a new tab)