Amalan Pendaftaran Terbaik (Portal Rakan)

Updated by Caleb Lenehan

Sebelum anda mendaftarkan akaun Portal Rakan, anda harus memiliki akaun asas YouVersion dahulu. Semasa memilih akaun YouVersion yang ingin diguna, kami mencadangkan beberapa amalan terbaik.

S: Adakah akaun ini dihubungkan ke alamat e-mel yang selalu diakses?

Anda bukan sahaja perlu mengesahkan akaun YouVersion anda melalui e-mel, kami juga akan menghantar berita produk, panduan berguna, dan latihan baru ke alamat e-mel ini. Banyak perkara yang akan diperkenalkan, anda harus menyemak e-mail dengan tetap!

S: Adakah anda ingin mengasingkan akaun YouVersion peribadi anda daripada penggunaan tempat kerja?

Jika ya, kami memahaminya! Kami mendapati banyak pemimpin mendaftarkan akaun YouVersion yang baru yang dihubungkan ke e-mel tempat kerja mereka. Mereka log masuk ke akaun Portal mereka dengan akaun kerja YouVersion itu, tetapi masih menggunakan akaun peribadi mereka untuk pembacaan Alkitab harian, mengikuti doa peribadi, dan banyak lagi.

S: Adakah anda ingin menggunakan akaun YouVersion yang mudah diakses oleh berbilang orang?

Daripada menggunakan akaun YouVersion peribadi anda atau akaun yang dihubungkan dengan e-mel kerja anda, anda boleh mendaftarkan akaun YouVersion menggunakan e-mel kerja generik (contohnya, info@namaorganisasianda.com). Ini adalah baik bagi organisasi yang inginkan akaun neutral sebagai pemilik Portal, bertentangan dengan dihubungkan kepada akaun seseorang individu.

Sesudah anda mendaftarkan akaun Portal Rakan, anda boleh menjemput orang lain untuk menjadi pemilik, pentadbir, atau orang yang dapat melihat Insights sahaja. Pastikan mereka memiliki akaun YouVersion yang dihubungkan ke alamat e-mel yang menerima jemputan itu!

Setelah anda menetapkan akaun YouVersion umum anda, anda sudah bersedia untuk mendaftarkan Portal melalui pautan yang telah dihantar melalui e-mel kepada anda! Kami tidak sabar-sabar hendak melihat bagaimana Allah akan menggunakan alat ini dalam pelayanan anda.


How did we do?


Powered by HelpDocs (opens in a new tab)

Powered by HelpDocs (opens in a new tab)