Soalan Lazim

Updated by Geoff Hensley

Buat masa ini, Acara tidak dihubungkan dengan Profil Gereja anda.
Bagaimanakah saya mula menggunakan Acara?

Untuk bermula, daftarkan akaun di events.bible.com menggunakan akaun YouVersion yang percuma untuk mencipta Acara untuk dipaparkan di Apl Bible.

Apakah itu Acara?

Acara ialah ciri yang percuma di Apl Bible YouVersion yang membantu anda berhubung secara mudah dengan acara gereja yang dihadiri. Acara juga boleh membantu anda mendapat tahu tentang gereja lain serta acara istimewa yang berlangsung berdekatan dengan anda. Jika gereja anda belum menggunakan Acara lagi, anda boleh memberitahu pemimpin gereja anda tentang bible.com/features/events, yang membolehkan mereka untuk mendaftarkan akaun YouVersion yang percuma untuk mula mencipta Acara tersendiri. Alat pentadbiran Acara kami yang percuma ini memudahkan gereja anda untuk berkongsi isu mesej yang utama, rujukan Alkitab, karya seni, pautan luar, berita gereja yang penting, dan banyak lagi.

Saya tidak melihat Acara di Apl Bible saya, di mana apl itu?

iOS: Acara terletak di bahagian Banyak Lagi (…) di bar alat anda, selepas Video.

Android: Acara terletak di menu utama, di bawah Video (ketik ikon menu di penjuru kiri atas).

Jika anda tidak melihat Acara, tetapi anda melihat tab "Langsung", yang sedang menggunakan versi Apl Bible yang lama. Kemas kini Apl Bible anda kepada versi yang terkini di  http://bible.com/app.  

Adakah saya memerlukan akaun YouVersion untuk menggunakan Acara?

Anda boleh mencari dan menonton Acara tanpa akaun YouVersion. Namun, jika anda ingin mencatatkan nota atau menyimpan Acara, anda mesti memiliki akaun YouVersion. Mendaftar adalah mudah dan akaun YouVersion adalah percuma. Akaun YouVersion memberikan anda akses kepada ciri Apl Bible yang berkuasa — Pelan Alkitab, Imej Ayat, Highlight, Nota, dan banyak lagi — disegerakkan pada semua peranti anda. Layari bible.com/sign-up untuk mendaftarkan akaun percuma anda sekarang.

Adakah bayaran dikenakan untuk menggunakan Acara?

Tidak, Apl Bible sentiasa percuma dan akan terus percuma. Acara merupakan bahagian Apl Bible yang penting.

 Bagaimanakah saya mencari Acara?

Apl Bible perlu mengakses perkhidmatan lokasi pada peranti anda untuk mencari Acara yang berdekatan dengan anda. Jika anda mencari Acara yang khusus dan mengetahui nama acara itu, anda boleh mencarinya menggunakan tajuk acara itu.

Perlukah saya menghadiri suatu Acara itu untuk melihatnya di apl?

Tidak, jika anda mengetahui tajuk atau lokasi Acara itu, anda boleh mencarinya. Namun, tujuan ciri Acara ialah membantu anda melibatkan diri dengan Acara yang dihadiri.

Bolehkah saya melihat Acara yang sudah tamat?

Ya, jika anda sudah menyimpan Acara itu atau jika anda memiliki pautan langsung untuk Acara itu. Walau bagaimanapun, selepas acara itu tamat, acara itu tidak lagi muncul dalam hasil carian Acara.

Bolehkah pentadbir acara menjejak siapa atau bilangan orang yang menggunakan acara itu?

Tidak, buat masa ini tiada cara untuk menjejak pengguna atau bilangan pengguna.


How did we do?


Powered by HelpDocs (opens in a new tab)

Powered by HelpDocs (opens in a new tab)