Mencipta Acara di Bible.com

Updated by Geoff Hensley

Marilah Kita Bermula

Untuk mencipta Acara, layari laman sesawang https://events.bible.com. Anda akan mendapat maklumat lanjut tentang Acara kami dan maklumat untuk membantu anda bermula, ketik di sini

Untuk seminar video YouTube bagi acara, ketik di sini

Waktu Penyiaran

Acara Tersiar akan dipindahkan ke pelayan Apl Bible dalam 1 hingga 2 jam. Kami menggalakkan pentadbir untuk menyiarkan acara lebih awal. Sekiranya berlaku kecemasan, kongsi pautan langsung ke acara anda supaya orang lain masih dapat menontonnya di Apl Bible/peranti mudah alih sebagai maklumat terkini.

Sebelum bermula, memanglah penting untuk gereja menetapkan akaun YouVersion yang berasingan untuk pentadbir acara   
  • Pentadbir acara dihubungkan kepada akaun pengguna YouVersion yang khusus
  • Tiada cara untuk mengubah pentadbir
  • Hanya satu akaun YouVersion boleh ditetapkan sebagai pentadbir acara

Cadangan penetapan akaun YouVersion untuk menjadi pentadbir pembina Acara  

  1. Jangan menggunakan akaun peribadi seseorang individu, pastor atau kakitangan
  •  Kakitangan mungkin berhenti dan menyebabkan anda tidak dapat mengakses akaun itu
  • Anda perlu menghormati isu privasi kerana orang itu mungkin mempunyai maklumat akaun lain seperti pelan dan bookmark
  1. Daftarkan akaun YouVersion bagi gereja generik. 
  • Gunakan akaun e-mel ganti atau dapatkan akaun e-mel yang baru secara percuma
  • JANGAN menggunakan e-mel ini untuk perkara yang lain selain daripada menetapkan akaun YouVersion
  • Mendaftar untuk akaun yang baru menggunakan e-mel ini
  • Lihat cara mendaftarkan akaun di bible.com
  • Sekarang, anda memiliki akaun generik untuk kegunaan acara sahaja.
  1. Bagaimana menggunakan dan melindungi akaun ini
  • Jangan menggunakan akaun YouVersion ini untuk perkara lain selain daripada pentadbiran Acara
  • Anda perlu melindungi dan mengawal maklumat yang berikut dan memberikannya kepada orang yang ditugaskan untuk mentadbir akaun ini
    •  Alamat e-mel dan kata laluan
    • Nama pengguna YouVersion dan kata laluan
    • Anda boleh menugaskan lebih daripada seorang untuk menggunakan akaun YouVersion ini untuk menambahkan maklumat acara, asalkan mereka tidak berada dalam talian pada masa yang sama
  • Jika seseorang itu berhenti, anda harus menukar kata laluan untuk melindungi keselamatan anda


How did we do?


Powered by HelpDocs (opens in a new tab)

Powered by HelpDocs (opens in a new tab)